Cari antbase:

 

Kepada pembaca sekalian,

Laman ini didedikasi terutamanya kepada semut di Poring, Taman Kinabalu, Sabah, Malaysia, iaitu kawasan yang mempunyai diversiti semut yang terbesar di dunia:
Sejumlah 642 spesies semut daripada 82 genus dan lapan subfamili telah dipungut dalam hanya sedikit hektar!

Kepelbagaian biologi yang mengagumkan ini telah dikaji oleh penyelidik daripada Kumpulan Penyelidik German di Kolam Air Panas Poring, yang telah diketuai oleh Prof. K. Eduard Linsenmair, University of Würzburg dan Prof. Ulrich Maschwitz, University of Frankfurt. Kajian ini memfokuskan kepada mekanisma yang bertanggungjawab terhadap penyenggaraan kepelbagaian biologi. Bidang kajian ini telah dijalankan dengan kerjasama yang erat daripada Bahagian Penyelidikan Taman-Taman Sabah, yang mana telah dijalankan di Taman Negara Kinabalu di Malaysia Timur dan dengan Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah; kedua-duanya menyokong kuat kajian ini (Lihat Kredit!).

Semua habitat dan strata hutan hujan di Poring telah disampel, dan menghasilkan dua koleksi semut yang terbesar: satu di Ibu Pejabat Taman Kinabalu dan satu lagi di Zoological Collection of the Biocenter di University of Würzburg. Disini kami memaparkan sepintas lalu koleksi-koleksi ini.
Walaupun kajian ini masih belum tamat namun kami ingin berkongsi dengan anda semua kekayaan spesies semut di hujan hujan Malaysia:
dalam laman web ini 262 spesies semut dipaparkan dalam lebih 780 gambar beresolusi tinggi!

Semut telah disampel diantara tahun 1991 dan 2002 semasa kajian oleh Andreas Floren, Carsten Brühl, Stefanie Berghoff, Armin Götzke, Elke Aug, Rainer Kern, Martin Gossner, dan Martin Pfeiffer. Carsten, yang menjalankan kajian semut disepanjang kecerunan ketinggian di Taman Kinabalu telah mencipta koleksi semut würzburg dengan membuat koleksi daripada pelbagai projek dalam kawasan tersebut, dengan membuat perbandingan taksa dan menghubungan ahli taksonomi bagi kumpulan yang berbeza.
Hasilnya dalam penerbitan penstrataan semut disekitar Kolam Air Panas Poring (Brühl et al. 1998). Sumbangan lain daripada pengumpulan semut ini ialah daripada projek Andreas, mengenai artropod di kanopi, dan Steffi, memfokuskan mengenai tanah yang didiami semut. Rekod tambahan mengenai senarai spesies di Poring telah dihasilkan oleh Annette Malsch and Katsuyuki Eguchi.

"AntBase" ingin anda melihat kedalam kotak spesimen kami, suatu keunikan kepelbagaian semut dihutan tropika dan gambaran didalam kerja-kerja taksonomi dan ekologi. Yang mana satukah semut yang tinggal di hutan hujan Borneo? Disini anda boleh melihat mereka.

Sementara menunggu pembaikan daripada ruangan ekologi, ruangan sistematik telah bersedia untuk dipersembahkan, walaupun kami hanya mempersembahkan subset spesies. Walaubagaimanapun, selain daripada gambar asas semut, kami juga menunjukkan spesies yang masih belum mempunyai nama bagi menunjukkan kekayaan spesies dan radiasi komuniti semut dan seterusnya membawa anda kepada kajian kami. Sila lihat!

Martin Pfeiffer
(Pengarang AntBase)