Suche nach Arten:

 

English Version

 

Projek-projek penyelidikan semasa Dr. Martin Pfeiffer

 

Penyebaran dan pemangsaan biji benih oleh semut-semut – perbandingan ekosistem


Dalam kebanyakan habitat di dunia, semut adalah pemangsa biji benih yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi lapisan vegetasi, dan seterusnya komposisi dan fungsi ekosistem. Walau bagaimanapun, banyak spermatofit telah mewujudkan mekanisma (myrmecochory) yang menggunakan semut sebagai vektor penyebaran biji benih yang menghasilkan "elaiosome" – apendaj yang berkhasiat sebagai ganjaran untuk semut-semut. Oleh tu, interaksi semut-biji benih adalah bersifat antagonistik hingga mutualistik. Kajian kami menganalisa mekanisma dan kesan daripada kedua-dua: penyebaran dan pemangsaan biji benih oleh semut-semut di tiga ekosistem yang jarang dikaji.

 

1. Myrmecochory pada tumbuhan musim bunga di hutan daun luruh Lower Franconia


Kami dengan kerjasama Chair for Botany II, University of Würzburg dan Jabatan Hutan Lower Franconia, mengkaji mekanisma dan juga tindakbalas kimia sindrom penyebaran biji benih tumbuhan-tumbuhan musim bunga yang berbeza (Gambarajah 1) oleh semut-semut Formica polyctena.
 
Gambarajah 1: Anemone nemorosa di hutan temperat pada musim bunga. Kebanyakan tumbuhan musim bungan adalah disebarkan oleh semut-semut.

 

2. Semut-semut penuai di sepanjang transek padang rumput Mongolia ke gurun Gobi.


Di Selatan Mongolia zon peralihan terentang di antara padang rumput Siberia dengan gurun Gobi. Kombinasi kadar perubahan suhu dan kelembapan serta keadaan-keadaan tanah yang berbeza, menghasilkan mozek tumbuhan-tumbuhan yang berlainan jenis (contoh: gambarajah 2). Semut-semut (gambarajah 3) dan kumbang-kumbang Tenebrionidae saling bersaing terutamanya untuk makanan, adalah kumpulan fauna serangga-serangga yang dominan di habitat-habitat ini. Komposisi spesis kedua-dua kumpulan ini dikaji secara kerjasama rapat dengan Jabatan Ekologi, Mongolian National University di Ulaanbaatar. Ekspedisi kami pada 1999 telah tajaan “Arthur-von-Gwinner-Stiftung für naturwissenschaftliche Forschungsreisen”.
 
Gambarajah 2: Transek paling selatan kami yang melalui gurun Gobi, dengan hanya tumbuh-tumbuhan Haloxylon ammodendron dan Reaumuria soongorica. Di sini, semut Cataglyphis aenescens adalah dominan. Gambarajah 3: Semut Mongolia, Messor aciculatus mengangkut biji benih ke sarang mereka.

 

3. Penyebaran dan pemangsaan biji benih oleh semut-semut di tiga habitat hutan hujan Borneo.


Di hutan hujan tropika, interaksi semut dengan biji benih adalah berlipat kali ganda. Kami dengan kerjasama Taman-taman Sabah dan Chair of Animal Ecology and Tropical Biology, University of Würzburg, mengkaji kepelbagaian serta struktur kumpulan semut-semut penuai di tiga kawasan-kawasan terpelihara (Taman Negara Kinabalu, Lembah Danum dan Taman Bukit Tawau). Di samping itu, kami juga membuat kajian perbandingan tentang myrmecochory di beberapa spesis halia (Zingiberaceae) (lihat gambarajah 4).
 
Gambarajah 4: Di hutan hujan Borneo, semut-semut arboreal seperti semut pekerja Oecophylla smaragdina ini mengambil biji benih dari tumbuhan atas tanah ke sarang mereka. Apendaj (elaiosoem) ini kaya dengan lipid, protin dan gula.

 

Struktur sosial dan ekologi tingkahlaku semut gergasi, Camponotus gigas


Camponotus gigas Latreille 1802 dijumpai di hutan tanah rendah tropika dan merupakan salah satu daripada semut terbesar di dunia. Semut ini aktif terutamanya pada waktu malam dan tinggal dalam koloni polydomi dalam kawasan seluas 0.7 ha (Pfeiffer and Linsenmair, 2000). Camponotus gigas adalah pengumpul makanan yang berpusat, bergabung dengan komunikasi yang cekap, ergonomi yang maksimum, poliatisme dan sistem recrut yang effisien (gambarajah 5) (Pfeiffer and Linsenmair, 1998). Sebagai spesis tropika, Camponotus gigas menunjukkan corak pembiakan yang tidak mengikut musim: penerbangan mengawan, tidak berlaku secara seragam pada keseluruhan populasi, tetapi kira-kira dua kali setahun dalam tempoh masa 188±5 hari (Pfeiffer and Linsenmair, 1997). Pertempuran di antara koloni-koloni yang berbeza berlaku dalam upacara pertarungan yang hebat (Pfeiffer and Linsenmair, 2001).
 
 
Gambarajah 5: Dua pekerja utama Camponotus gigas dalam keadaan trophallaxis. Pertukaran makanan di antara pekerja-pekerja sering berlaku semasa penghantaran makanan ke sarang atau di antara sarang-sarang. Mekanisma ini membolehkan pemadanan berat beban kepada berat badan pekerja, seterusnya pengumpulan makanan mengikut strategi berpusat.

 

Kepelbagaian, dinamik dan kawasan yang digunakan oleh komuniti mamalia kecil di hutan hujan Borneo


(Ph.D. -project of Konstans Wells)

Hutan hujan Borneo memberi perlindungan kepada banyak dan pelbagai jenis fauna mamalia kecil, sperti beberapa spesis tikus, tupai dan tikus kesturi, yang mencari makanan di tanah dan juga di kanopi. Walaupun kedua-dua habitat ini adalah berkait dengan daya pengeluaran setempat dan sumber-sumber utama yang sedia ada seperti buah-buahan, namun kerumitan dan kepelbagian yang lain boleh juga diandaikan. Kajian kami menbandingkan kepelbagaian, dinamik dan keluasan yang digunakan oleh komuniti mamalia kecil di kedua-dua habitat.

 


 
Gambarajah 6: Maxomis surifer, tikus merah dan berduri yang biasa dijumpai di hutan hujan Borneo. Pada masa ini, tidak banyak yang diketahui tentang mekanisma dan struktur komuniti mamalia kecil di habitat ini.

 

www.antbase.net - laman web baru untuk penyelidikan semut Asia


Ahli-ahli myrmecology yang bekerja di Asia Tenggara kini mempunyai bantuan untuk mengesahkan pengecaman semut-semut mereka. Di www.antbase.net dan www.biologie.uni-ulm.de/bio3/antnet baru berhubung dengan taksonomi dan ekologi semut-semut. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 130 spesis dari 57 genus semut dipaparkan dalam gambar-gambar resolusi tinggi. Gambar-gambar yang banyak ini adalah hasil daripada pengumpulan semut yang meluas oleh University of Würzburg (Chair of K.E. Linsenmair), iaitu hasil-hasil kerja Carsten Brühl, Andreas Floren, Stefanie Berghoff and juga penyelidik-penyelidik yang lain. Anda akan dapati lebih daripada 500 gambar-gambar Aenictinae, Cerapachyine, Dorylinae, Dolichoderinae, Formicinae, Myrmicinae, Ponerinae dan Pseudomyrmicinae. Laman ini memberi tumpuan kepada semut-semut di Asia dan Pasifik Semua ahli myrmecology adalah dijemput untuk memberi sumbangan kepada laman. Sehingga kini kerjasama untuk menambah maklumat dalam AntBase telah dibuat dengan saintis-saintis dari Australia, Germany, Japan, Malaysia dan Mongolia. Oleh yang demikian, AntBase akan terus menjadi bantuan kepada kumpulan penyelidik yang semakin berkembang.

 


 
  Gambarajah 6: www.antbase.net laman web baru yang menarik dan berguna kepada ahli-ahli myrmecology

Back to homepage